Saturday, 17 December 2011

Sunnah Rasullullah


JOM Ikut Sunnah Rasulullah SAW

Cara Rasulullah SAW tidur

Al Bara' bin 'Azib r.a menyatakan : Ketika hendak tidur, Rasulullah SAW sentiasa meletakkan tangan kanan di bawah pipi kanan baginda lalu baginda berdoa : Ya Allah, lindungilah aku drpd azabMu pada hari ketika Engkau membangkitkan hamba-hambaMu (dari kubur).
... (Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Huzaifah r.a menyatakan : Setiap kali hendak tidur, Rasulullah SAW sentiasa berdoa: Dgn nama Allah aku mati dan hidup. Dan setiap kali bangun tidur, baginda berdoa : Segala puji bagi Allah yg telah menghidupkan kami setelah mematikan kami dan KepadaNyalah kami dibangkitkan.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Aisyah r.a menyatakan : Ketika Rasulullah SAW hendak tidur di tilamnya pd setiap malam, baginda menyatukan kedua-dua tapak tangan baginda kemudian baginda meniup kedua-duanya baginda membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas. Setelah itu, dgn menggunakan kedua-dua tapak tangan itu baginda mengusap-usap bahagian tubuh yg tercapai olehnya. Baginda mulai drpd kepala, muka dan bahagian hadapan tubuh baginda. Baginda lakukan yg tersebut sebanyak tiga kali.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)

Abu Qatadah r.a menyatakan : Sekiranya Rasulullah SAW hendak tidur di malam hari, baginda berbaring menghadap ke sebelah kanan. Jika baginda hendak tidur ketika waktu hampir waktu Subuh, baginda menegakkan lengan dan meletakkan kepala baginda di atas tapak tangan baginda.
(Hadis Riwayat at-Tarmidzi)
 
 
kita ambil pengalaman dari Rasullullah k....

No comments: